Monday 14 January 2013

perjalanan yg berliku...ku harap akan menerima hadirmu,wahai kamu yang didambakan sealama ini...

Agak lama tak menjenguk ke blog sendiri...dari sehari ke sehari asyik lupa banyak benda... tentang topik kali ini,biarlah aku cerita tentang liku liku yang aku anggap indah walaupun dimata orang lain sukar untuk dihadapi...kerana aku yakin setiap liku dan dugaan yang Allah swt beri kpd kita,adalah bukan diluar kemampuan kita. Dia tahu,kita mampu hadapi..dia tahu kita mampu lalui....begitu juga aku,seorang wanita yg penuh rasa kasih dan sayang...yang masih mampu berdiri teguh menunggu satu saatnya untuk bergelar "MAMA".... ya, perkataan atau gelaran yg amat ditinggu tunggu oleh smua wanita normal. apatah lagi wanita sepeerti aku yang sudah berkahwin hampir tiga tahun namun begitu belum diberi kesempatan olehNya untuk merasai nikmat mempunyai zuriat sendiri... Sesyukur syukurnya aku kepda Allah kerana telah memberikan aku seorang suami yang tidak pernah mengeluh..tidak pernah menjadikan isu zuriat sbg isu besar & dia juga adalah seorang suami yang sentiasa positif dalam apa jua perkara. maka dengan itu, aku tak pernah rasa kekosongan atau rendah diri jika dilemparkan soalan yg berkaitan dengan zuriat.alhamdulillah alhamdulilllah alhamdulillah!
berbalik kepada soal liku liku yang aku hadapi itu. tadi appointment aku bersama doktor ishak di kpj,seremban. memang sebelum ini aku telah dimaklumkan oleh doktor supaya harus menjalani pembedahan yang agak besar kerana di ovari aku terdapat cyst yang menghalang kesuburan telur aku. jadi kalau aku biarkan memang akan bertambah dan dikhuatiri ovari aku akan membengkak dan menyebabkan komplikasi lain. subhanaallah! jadi tadi,kami mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan buang cyst ovari & melakukan D&C untuk membersihkan rahim. maksudnya 2 pembedahan dalam satu masa. memang agak menakutkan tapi demi kamu wahat bakal zuriat zuriat ku,aku rela berkorban apa saja! semoga kalian akan hadir dalam hidupku & suami...semoga kalian akan menjadi zuriat yg soleh solehah bagi meneruskan perjuangan islam! papa & mama akan terus menunggu hadirnya kalian.... INSYAALLAH!!!

Thursday 5 May 2011

Pembunuhan Osama satu teori konspirasi??

  Teori konspirasi mula tersebar sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan komando elit SEAL tentera lautnya telah membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di bandar Pakistan.
  Malah sebilangan ahli keluarga mangsa serangan 11 September 2001 di sini pun berpendapat, kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama di White House menimbulkan pelbagai persoalan.
  Tindakan AS mengebumikan jenazah Osama di Laut Arab dalam beg mayat yang dipasang pemberat serta keengganan pentadbiran AS setakat ini untuk menyiarkan gambar mayatnya menjadi sumber bagi ‘pakar’ teori konspirasi.



Osama yang dikatakan penjenayah yg berbahaya..bagi aku,amerika la penjenayah kejam..


  Menurut satu dakwaan yang hangat diperdebatkan, Osama sebenarnya ialah konco Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang sudah meninggal dunia bertahun-tahun lalu, dan kini menjadi tokoh khayalan yang digunakan untuk mewajarkan perang Amerika di Afghanistan.
  Dakwaan itu disokong oleh aktivis antiperang AS, Cindy Sheehan dan mereka yang sangsi sepertinya dari Indiana hinggalah ke Kabul.
  Sheehan yang mendirikan kem antiperang di ladang Presiden George W. Bush di Texas pada 2005 mempertikaikan fakta-fakta yang dikeluarkan oleh kerajaan AS, termasuk bagaimana AS boleh mendapat keputusan DNA dengan begitu cepat, mengapa pengebumian dilakukan tergesa-gesa dan mengapa tidak ada video yang disiarkan.
  Lagipun, kata wanita itu, bekas Perdana Menteri Pakistan yang mati dibunuh, Benazir Bhutto pernah mendakwa pada 2007, Osama sudah meninggal dunia.
  Ramai yang berasa sangsi seperti Sheehan, malah laman Yahoo di Internet melaporkan, carian untuk ‘osama bin laden tidak mati’, ‘osama bin laden masih hidup’ melonjak kelmarin.
Di ‘Ground Zero’ di New York, sesetengah pengunjung melihat kematian Osama itu sebagai berita yang terlalu baik untuk dianggap benar.

Tuesday 19 April 2011

CINQUE TERRE, RIVIERA.






Bandar yg sempoi ni terletak kat negara auzzuri,yakni Italy.haaa..nama bandar ni adalah Cinque Terre,yang berada di daerah Revierra. Ia adalah satu destinasi perlancongan yang paling popular di Itali. Bandar yang indah ini telah dibina selama ratusan tahun dahulu, dan ia apa yang uniknya, ia di bina berhampiran tepi laut Mediterranean. Tapak ini telah diwartakan sebagai salah sebuah tapak warisan dunia UNESCO kerana ia adalah salah satu bahan bersejarah.. Apa yang istimewanya di sini,makanan lautnya adalah sangat segar dan senang didapati,almaklumlah dekat jer dengan laut...



Sunday 10 April 2011

S E K A D A R R E N U N G A N

 Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

 Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

 Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

 Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

 Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

 Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

 Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu
begitu saja..





 Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

 Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

 Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

 Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

 Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-benar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

 Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

 Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..





  
Untuk tatapan semua..


nak chanteq ke?ada bran??

berikut adalah petikan dari KOSMO 11 april 2011..



INILAH kesan luka pada tubuh Cheng yang dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum setelah didakwa diberi suntikan ubat selulit manakala gambar bawah ialah contoh ubat yang diambil.

Dua gadis mendakwa mereka kini berdepan maut apabila seorang pakar kecantikan menyuntik tubuh mereka dengan ubat yang salah bagi rawatan selulit pada paha dan punggung mereka kira-kira lima bulan lalu.
Akibatnya, kedua-dua sahabat karib itu kini dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh.

Lebih menakutkan, walaupun dicuci di klinik setiap hari, luka tersebut bukan sahaja terus membesar malah mereka mengalami masalah kegatalan melampau.

Mereka juga sudah menghabiskan wang kira-kira RM50,000 untuk menjalani rawatan tersebut.
Kedua-dua gadis itu yang masing-masing mahu dikenali sebagai Cheng, 26, dan Wong, 30, mendakwa, segala-galanya bermula setelah mereka mendapatkan nasihat seorang pakar kecantikan di Subang Jaya, Selangor.

ha..sekarang nak salahkan siapa?dah jadi camni baru nak bukak mata..sebenaqnya pada pandangan aku,nak kurus n chantek kene la amalkan makanan yg seimbang n senaman yang konsisten..baru kurus dengan cara yg sihat . less risiko..

Thursday 7 April 2011

teksi LCCT?limo KLIA??

Haa..ni ada sebuah kesah yang nak sgt aku kongsi..berkenaan dengan teksi ke LCCT or Limo KLIA..

kenapa??
kalau korang sume nak tau,KEBANYAKAN diorang ni memandu dengan begitu KURANG AJAR..atau dlm bahasa berhemahnya kurang sopan.



see..laju diorang bawak..



kenapa??
jarang aku tngok diorang ni pakai seatbelt kalau drive..n yang paling penting..drive laju over limit.

kenapa??
suka hati mak bapak diorang je nak langgar lampu merah,potong ikut kiri,potong double line dan paling haram jadah,suka cilok or ikut suka je nk masuk lorong tanpa signal..

so..
xhairan la kalau korang yang pernah lalu jalan sekitar KLIA or LCCT terlihat besi-besi buruk ni tersadai tepi jalan coz ACCIDENT...haa,baru nak insaf kan??korang tau x,pasal korang la jalan terus jadi jammed!myusahkan orang jer..

and then,
aku jarang pulak tngok polis tahan besi-besi buruk ni!!why? why?...ada konspirasi ker??jawab...jawabb..

korang plak?camner??



tambang kompom mahal,walaupun teksi buruk

cherrypish, pengabadian yang abadi...: Gambaran Hari Akhirat..

cherrypish, pengabadian yang abadi...: Gambaran Hari Akhirat..