Monday 14 January 2013

perjalanan yg berliku...ku harap akan menerima hadirmu,wahai kamu yang didambakan sealama ini...

Agak lama tak menjenguk ke blog sendiri...dari sehari ke sehari asyik lupa banyak benda... tentang topik kali ini,biarlah aku cerita tentang liku liku yang aku anggap indah walaupun dimata orang lain sukar untuk dihadapi...kerana aku yakin setiap liku dan dugaan yang Allah swt beri kpd kita,adalah bukan diluar kemampuan kita. Dia tahu,kita mampu hadapi..dia tahu kita mampu lalui....begitu juga aku,seorang wanita yg penuh rasa kasih dan sayang...yang masih mampu berdiri teguh menunggu satu saatnya untuk bergelar "MAMA".... ya, perkataan atau gelaran yg amat ditinggu tunggu oleh smua wanita normal. apatah lagi wanita sepeerti aku yang sudah berkahwin hampir tiga tahun namun begitu belum diberi kesempatan olehNya untuk merasai nikmat mempunyai zuriat sendiri... Sesyukur syukurnya aku kepda Allah kerana telah memberikan aku seorang suami yang tidak pernah mengeluh..tidak pernah menjadikan isu zuriat sbg isu besar & dia juga adalah seorang suami yang sentiasa positif dalam apa jua perkara. maka dengan itu, aku tak pernah rasa kekosongan atau rendah diri jika dilemparkan soalan yg berkaitan dengan zuriat.alhamdulillah alhamdulilllah alhamdulillah!
berbalik kepada soal liku liku yang aku hadapi itu. tadi appointment aku bersama doktor ishak di kpj,seremban. memang sebelum ini aku telah dimaklumkan oleh doktor supaya harus menjalani pembedahan yang agak besar kerana di ovari aku terdapat cyst yang menghalang kesuburan telur aku. jadi kalau aku biarkan memang akan bertambah dan dikhuatiri ovari aku akan membengkak dan menyebabkan komplikasi lain. subhanaallah! jadi tadi,kami mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan buang cyst ovari & melakukan D&C untuk membersihkan rahim. maksudnya 2 pembedahan dalam satu masa. memang agak menakutkan tapi demi kamu wahat bakal zuriat zuriat ku,aku rela berkorban apa saja! semoga kalian akan hadir dalam hidupku & suami...semoga kalian akan menjadi zuriat yg soleh solehah bagi meneruskan perjuangan islam! papa & mama akan terus menunggu hadirnya kalian.... INSYAALLAH!!!